Saturday, October 2, 2010

Orienteering / Abseiling (Praktikal)

salam,

02.10.2010.

Jumpa lagi di UITM Shah Alam untuk untuk aktiviti outdoor yang berikutnya.. kali ini aktiviti praktikal dijalankan satu hari dan dua aktiviti praktikal iaitu orienteering dan abseiling . Praktikal Orienteering dan abseiling dijalankan di sekitar kawasan bangunan perpustakaan (bangunana baru) UITM Shah Alam.

Praktikal pertama adalah aktivity orienteering dan telah diberikan kepada 2 orang dalam 1 kumpulan. Aku satu kumpulan dengan cik Wadi. Seperti biasa sebelum memulakan aktiviti penerangan secara terperinci telah disampaikan oleh Cik. HC sendiri... kami dikehendaki membuat 7 check point bermula dengan CP0 – CP6.. Bacaan CP0 pertama Cik.HC mulakan kami buat bacaan ditiang lampu.. Cik.HC beritahu "pandai-pandai sendiri lah nak buat bacaan arah ke mana tetapi jangan melebihi had yang telah di tetapkan" heheheh... Mula la 3-4 kali aku dan Cik Wadi pergi dan patah balik semula ke tempat check point yang kami tinggalkan sebab tersalah kiraan daaa.. kalau buat tak tahu saja bacaan dan kiraan tu, nanti kes naya..akikikiki... macam Cik.HC cakap "jangan buat naya dengan kawan-kawan" hahahah... (nasib baik kami belum lupa ingatan) hehehe...

Selesai sesi aturan check point, kami telah dilepaskan sebagai peserta dan dikehendaki mencari chech point kumpulan lain.. akhirnya kumpulan kami telah menjadi kumpulan terakhir kerana kumpulan yang tinggalkan check point tu dah tersalah tinggalkan kiraan dan bacaan bearing.. sampai Cik.HC ikut serta jejak kasih bersama kumpulan kami.. tetap tak jumpa jugak pangkal jalan... ahahah pendek kata "tersesat jalan la tuh.." hihihi.. hmm.., sabar saja lah..


Praktikal kedua bermulalah aktiviti Abseiling... Jam 1100 hrs kami semua diarahkan naik ke tingkat 11 Menara 1, UiTM...perhhhh!!! tinggi giler... masa ini lah kita boleh rasai sendiri pengalaman turun ke tingkat bawah hanya bergantung kepada seutas tali.. bak kata pepatah.. "kalau takot dilambung ombak.. jangan berumah ditepi pantai" hahaha.. macam biasa lah.. dah boleh dikatakan sebagai rutin harian.. iaitu "ayat-ayat azimat" yang paling utama Cik.HC akan sampaikan ialah "KESELAMATAN YANG PALING UTAMA".. Cik.HC terangkan juga peralatan peralatan yang perlu di pakai sebagai peralatan utama dan juga sebagai safety guard semasa aktiviti dijalankan.. GGGeeeerrrr!!!!! kecut perut aku bila tengok ke bawah.. kawan kawan yang bersaiz besar pun boleh nampak kecik ahahah...

Sepanjang sesi dijalankan kami dibantu oleh batch degree... Demo (oleh kak farah) jugak telah dilakukan ditingkat atas terlebih dahulu supaya kami tidak berasa kekok apabila turun ke bawah nanti..Bacaan dia telah di sempurnakan oleh Cik.Lan sebelum praktikal dijalankan.. One by one.. sementara tunggu kawan kawan yang lain turun ke bawah, aku praktikkan dahulu apa yang telah di demokan oleh kak farah.. selang 2-3 orang lagi akan tibalah turn aku selepas ini.. aku pun mula memakai semua peralatan yang di wajibkan seperti yang telah dipelajari dalam kelas abseiling (teori).

Wajah bertukar warna..ggeerrrrr!!!!.. panas tidak sejuk pun tudak.. mula lah terasa kaki tangan semunya berpeluh dan seram sejuk.. huwarrrrr!!!!!! Pagar telah dilangkah.. "al-fatihah" aku baca sekali lagi ayat suci al_Quran senafas agar ada kekuatan dalam diri aku didalam hati... tuhan saja yang tahu apa perasaan aku pada ketika itu... alhamdulillah.. akhirnya kekuatan tu datang (Dia maha mendengar dan maha mengetahui). Aku selamat seapai ke bawah dengan selamat.. Kami bersyukur ke hadrat ilahi kerana kami dapat menyempurnakan aktiviti denyan jayanya.. ucapan terima kasih yang tak terhingga buat semua yang terlbat.. amin....

Regard by,

nurjayz..

No comments: