Saturday, October 2, 2010

Orienteering / Abseiling (Praktikal)

salam,

02.10.2010.

Jumpa lagi di UITM Shah Alam untuk untuk aktiviti outdoor yang berikutnya.. kali ini aktiviti praktikal dijalankan satu hari dan dua aktiviti praktikal iaitu orienteering dan abseiling . Praktikal Orienteering dan abseiling dijalankan di sekitar kawasan bangunan perpustakaan (bangunana baru) UITM Shah Alam.

Praktikal pertama adalah aktivity orienteering dan telah diberikan kepada 2 orang dalam 1 kumpulan. Aku satu kumpulan dengan cik Wadi. Seperti biasa sebelum memulakan aktiviti penerangan secara terperinci telah disampaikan oleh Cik. HC sendiri... kami dikehendaki membuat 7 check point bermula dengan CP0 – CP6.. Bacaan CP0 pertama Cik.HC mulakan kami buat bacaan ditiang lampu.. Cik.HC beritahu "pandai-pandai sendiri lah nak buat bacaan arah ke mana tetapi jangan melebihi had yang telah di tetapkan" heheheh... Mula la 3-4 kali aku dan Cik Wadi pergi dan patah balik semula ke tempat check point yang kami tinggalkan sebab tersalah kiraan daaa.. kalau buat tak tahu saja bacaan dan kiraan tu, nanti kes naya..akikikiki... macam Cik.HC cakap "jangan buat naya dengan kawan-kawan" hahahah... (nasib baik kami belum lupa ingatan) hehehe...

Selesai sesi aturan check point, kami telah dilepaskan sebagai peserta dan dikehendaki mencari chech point kumpulan lain.. akhirnya kumpulan kami telah menjadi kumpulan terakhir kerana kumpulan yang tinggalkan check point tu dah tersalah tinggalkan kiraan dan bacaan bearing.. sampai Cik.HC ikut serta jejak kasih bersama kumpulan kami.. tetap tak jumpa jugak pangkal jalan... ahahah pendek kata "tersesat jalan la tuh.." hihihi.. hmm.., sabar saja lah..


Praktikal kedua bermulalah aktiviti Abseiling... Jam 1100 hrs kami semua diarahkan naik ke tingkat 11 Menara 1, UiTM...perhhhh!!! tinggi giler... masa ini lah kita boleh rasai sendiri pengalaman turun ke tingkat bawah hanya bergantung kepada seutas tali.. bak kata pepatah.. "kalau takot dilambung ombak.. jangan berumah ditepi pantai" hahaha.. macam biasa lah.. dah boleh dikatakan sebagai rutin harian.. iaitu "ayat-ayat azimat" yang paling utama Cik.HC akan sampaikan ialah "KESELAMATAN YANG PALING UTAMA".. Cik.HC terangkan juga peralatan peralatan yang perlu di pakai sebagai peralatan utama dan juga sebagai safety guard semasa aktiviti dijalankan.. GGGeeeerrrr!!!!! kecut perut aku bila tengok ke bawah.. kawan kawan yang bersaiz besar pun boleh nampak kecik ahahah...

Sepanjang sesi dijalankan kami dibantu oleh batch degree... Demo (oleh kak farah) jugak telah dilakukan ditingkat atas terlebih dahulu supaya kami tidak berasa kekok apabila turun ke bawah nanti..Bacaan dia telah di sempurnakan oleh Cik.Lan sebelum praktikal dijalankan.. One by one.. sementara tunggu kawan kawan yang lain turun ke bawah, aku praktikkan dahulu apa yang telah di demokan oleh kak farah.. selang 2-3 orang lagi akan tibalah turn aku selepas ini.. aku pun mula memakai semua peralatan yang di wajibkan seperti yang telah dipelajari dalam kelas abseiling (teori).

Wajah bertukar warna..ggeerrrrr!!!!.. panas tidak sejuk pun tudak.. mula lah terasa kaki tangan semunya berpeluh dan seram sejuk.. huwarrrrr!!!!!! Pagar telah dilangkah.. "al-fatihah" aku baca sekali lagi ayat suci al_Quran senafas agar ada kekuatan dalam diri aku didalam hati... tuhan saja yang tahu apa perasaan aku pada ketika itu... alhamdulillah.. akhirnya kekuatan tu datang (Dia maha mendengar dan maha mengetahui). Aku selamat seapai ke bawah dengan selamat.. Kami bersyukur ke hadrat ilahi kerana kami dapat menyempurnakan aktiviti denyan jayanya.. ucapan terima kasih yang tak terhingga buat semua yang terlbat.. amin....

Regard by,

nurjayz..

Saturday, September 18, 2010

KAYAK

Salam,

Minggu nih bermula lah aktiviti outdoor.. dalam class last week Cik.HC ada bagitahu lepas nih smua aktiviti outdoor.. hmm..macam menarik.. tapi takut tu ada jugak.. aku ni bukannya pandai berenang.. hihihi.. nk masik dalam air pun aku pikir 2-3 kali adess...

Jam 0800hrs semua berkumpul di Tasik Shah Alam.. kami semua student PLK bergabung skali dengan student EPJJ untuk kelas kayak.. ini first time rasanya aku naik kayak..tak ada pengalaman langsung.. zero.. memang kena buat.. rugi rasanya kalau tengok saya kawan-kawan seperjuangan masuk dalam air..hiihih....

Sebelum aktiviti dalam air bermula Cik.HC terangkan kepada kami semua bahagian- bahagian kayak..bahagian-bahagian yang Cik.HC terangkan tu kena rujuk nota semula sebab mungkin masuk dalam peperiksaan akhir semester.. 2-3 kali jugak Cik.HC ulang agar kami semua faham setiap bahagian kayak yang pada aku itu adalah perkataan "baru". ggrrreeeee..... banyak pulak rasanya bahagian yang perlu ambil tahu.. pada pandanga mata kasar kayak tu kita tengok mungkin beberapa bahagian sajaha.. rupa-rupanya bahagian hadapan di sebut lain dan bahagian belakang lain pula sebutannya.. hihihi....

Hmm.. selain daripada itu Cik.HC terangkan juga apa yg patut di lakukan dan apa yang paling penting skali "safety first". tiap kalau aktiviti luar.. perkataan itu yang Cik.HC selalu tekankan.. so.. faham-faham sendiri lah... apa yang perlu ada..ialah :-
- pakaian yang bersesuaian
- pastikan jacket keselamatan bileh digunakan dengan baik
- kasut yang bersesuaian semasa berada didalam air

kami semua wajib terbalik dan naik semula ke atas kayak,aku partner dengan farhan.. kayak di kayuh ke tengah.. standby untuk jatuhkan badan ke dalam air (ala-ala melompat semasa duduk)dalam kayak..hihihih, dengan kiraan 1.....2....3....bowwwww terbalik la kami dalam tasik, belum kayak terbalik dengn jayanya aku dah keluarkan badan dulu dari bahagian kayak..ahahahah takut aku tenggelam dibawah kayak la tu ahahha...selepas kayak di terbalikkan kami segera buat langkah-langkah untuk tebalikkan kayak kembali kepada asal. langkah ini perlu di lakukan dengan cepat supaya air yang masuk di dalam kayak tidak terlalu banyak.. one two pushhh!!!!.. kemudia saling bantu-membantu untuk naik semula ke atas kayak. Alhamdulillah semuanya selamat..

Selesai sesi "langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku kecemasan pada kayak" kami beramai-ramai di beri peluang berkayak di sekitar kawasan tasik.. astagar... tuhan saja yang tahu perasaan aku semasa dalam diri ketika itu bila kiri kanan berdepan dengan air yang dalam.. sempat lagi aku berdoa semuga tuhan selamatkan semuanya.. amin.. ( bawak mengucap panjang-panjang) gerun....

Lebih kurang jam 1200hrs semuanya selesai.. trima kasih yang tak terhingga diatas segala tunjuk ajar yang di berikan sepanjang sesi dijalankan buat Cik.HC dan rakan-rakan seperjuanga...

regard,
nurjayz.

Saturday, September 4, 2010

"Class Abseiling 0r Rappelling"




Salam,

"Al kisah.... taiiyyiibbb.. al-kisah maka tersebut lah kisah.. taiyibb... Sang Kancil datang beramai- ramai mengadap duli yang maha sultan firaun,..mana firaun pakai sultan ..entahhh"... ahahahh
Dari minggu lepas sampailah minggu nih semua "be'ramai-ramai" buat "training' dalam class dulu sebelum mulakan aktiviti di luar..

Minggu nih dalam class boleh di aplikaikan dalam kategori "advanture" sikit.. macam best plus! plus! Hehehhe... class minggu nih Cik.HC ajar bab "Abseling" or Rappelling iaitu membawa maksud "turuk ke bawah menggunakan tali". (lebih kurang macam itu lah bunyi ayatnya).. Lebih sedap lagi if dalam english language.. abseiling is from German words means "to rope down". Rappelling in American English means controlled descent down a rope. Climbers use this technique when a cliff or slope is too steep a dangerous to descend without protection.

Subjek ni pada aku amat perlukan keyakinan diri yang tinggi dan kena berani... seperti mana yang kami semua sedia maklum Cik.HC tekankan aspek keselamatan adalah yang paling utama.. dalam class Cik. HC ada tunjukkan pada kami aksi-aksi "driff " dari tebing bangunan (yang tinggi menggunung) UITM Shah Alam yang dilakukan oleh student.. gggeerrrrrrr.... huhuhu menggerunkan... sejuk habis kaki dan tangan daaa.. mula la fikiran melayang-layang.. but kadang-kadang tu datang rasa teruja n rasa nak cuba.. bab gayat tu kita tolak tepi saja lah...kalau difikirkan gayat.. memang tak kan turun la dari bangunan tu ke bawah.. heheheh...

Cik. HC memperkenalkan pada kami beberapa peralatan yang akan digunakan semasa aktiviti ini dijalankan, antara peralatan yang di bawa ialah:



Ropes,
Anchors,
Harness,
Helmets,
Gloves,
Boots/Shoes,
Figure of eight,
Carabiner.
Kesemua peralatan ni adalah yang paling utama yang akan digunakan semasa "driff" nanti.. bukan senang nak "join da club" mungkin ini sekali seumur hidup kot..









Cik. HC minta antara kami buatkan demo dan ajar kami cara ikatan tali dan juga cara pemakaian yang betul supaya bila "hari jadi" itu nanti kami tahu apa yang patut di buat..hheheheh.. hari jadi? Isk..isk..isk.. wait and see.. Aku ingat lagi apa yang Cik. HC tekankan.. 2-3 kali jugak la Cik. HC ulang dan ulang dan ulang.. mesti ingat nama peralatan tersebut kerana selalu masuk "final exam".. mula la aku carik pen and start melukis + labelkan jenis2 equipment..

Nanti masa final countdown... mari kita lihat siapa yang kena...ahahahah

regard by nurjayz,

Saturday, August 21, 2010

class orienteering

"class 0rienteering"



salam,

Harini aktiviti dlm kelas ja.. "0rienteering"... cuaca kat luar x begitu mengizinkan untuk buat aktiviti ni d luar kelas (maktab PDRM).. gelap mcm nk ujan.. ("enie!!!! angkat kain hujan..jemuran dah turunn....." ahahah mcm citer P.Ramlee daaa....) tiap-tiap week ada subject baru.. Cik.HC mulakan kelas mcm biasa lah.. nota di screen white board.. aku sempat jugak la salin nota yg tertera di kaca screen..hheheheheh...tapi salin nota x semuanya sempat habis..adess.. panjang sangat daa..

"Orienteering is a sport in which orenteer us an accurate detail MAP and a COMPAS to find POINT in the LANDSCAPE..." antara nota yang lain.. berkaitan dengan :
history of orienteering
international orienteering federation (IOF)
objective of orienteering
several forms of orienteering event
equipment

hehehe... sempai salin sikit-sikit ja.. laju sangat... mula la bila baca tapi tak berapa nak faham.. ada yang sempat dilukis tu lukislah..bila yang dilukis tu half-half.. mula la garu kepala bila nak baca nota balik..akikikiki.. sabar jer la... Cik.HC ada lukis types of orienteering d white board.. apa lagikkk.. aku pun lukis jugak la takut bila tengok saja nanti lupa pulak.. ilmu belum penuh di dada..ahahahah... antara types of orienteering ialah:

line / string orienteering
cross/ country orienteering
score orienteering
relay orienteering
street orienteering
trail orienteering
mountain orienteering

Cik. HC ada bagitahu aktiviti ni nanti akan di buat diluar.. sebelum nak buat di lur kenalah pandai dulu macam mana nak gunakan peralatan dan apa-apa yang sama waktu dengannya didalam kelas dulu supaya tak menyusahkan diri sendirik..heheheheh...setujuk!!!!!!! Cik.HC tekankan dalam kelas "0bjektif 0rienteering" kemahiran macam nama kita nak gunakan peta dan kompas.



If sesat dalam hutan nanti ada kompas.. tahu la jugak mamam mana cara nak gunakan kompas dan tahu apa itu
1)utara magnitud,
2)utara benar dan
3)utara grid heheheh..
mudah-mudahan insyaallah...

Kami dalam kelas di fahamkan aktiviti orienteering ni akan dibuat by group.. 1 group 2 orang.. aktiviti nih nak nilai dalam semua aspek.. termasuklah nak menguji daya ketahanan fizikal, mental. , semangat setiakawan dalam berkumpulan. (permarkahan yang diambil berdasarkan masa kumpulan yang terpantas ditempat tamat).., stamina kena kuat (sebab nak berlari mengikut pandu arah)dan tahu baga pandu arah dengan betul dan tepat pada masa (sebab kecekapan masa dan point yang diambil telah ditetapka dalam map)

Cik.HC bawa bersama peralatan-peralatan yang akan digunakan semasa aktiviti 0rienteering. Antara peralatan yang prlu ada semasa aktiviti 0rienteering dijalankan ialah:

-0rienteering Map,
-0rienteering Compass,
-Control Flag,
-Marker,
-Punchers,
-Control Card,
-Control Description,
-Whistle dan
-Red Pen

(Score 0rienteering) - pemarkahan di bagi berdasarkan jarak 1 point ke 1 point..
- pemeriksaan point (setting).
- keputusan markah tertinggi kepada pemenang.

(Untuk Sukatan bg Map) ini adalah = 1cm bg map,
=10000 on the ground
=100m
**Ciri2 Map: -Utara Grid (menggunakan peta)
-Utara Magnetik (menggunakan compass)
-Utara Benar/kutub utara

**Criteria Compass:- bekas compass yg baik mengandungi bekas cecair yg
menunjukkan gerakan tanda arah.
- arah kompas di warnai dalam 2 warna iatu;
red & point (north) & white/black (south).
- compass yg baik akan bertahan lama.

Lepas habis sesi penerangan. Cik.HC ajar kami semua macam mana cara nak gunakan kompas dan map dengan betul.. (semua berdiri dalam kelas) time nih ada yang pusing sampai 360 darjah.. (termasuk lah aku ahahaha...) lain yang diajar lain yang dibuat.. (almaklumlah..belum pandai) jengg..jeng..jennggg... dah pandai sikit-sikit dah barula semua ada diposisi yang betul... apa yang Cik.HC ajar ialah "BASE PLATE C0MPASS" iaitu mencari arah kompass dengan menggunakan kedudukan bearing dan juga menggunakan peta yang diberi dengan betul.. pening..pening... selesai juga akhirnya...

Saturday, August 14, 2010

FIRST AIDER




Salam..,
Nak jadi Docktor? ilmu tak penuh di dada.. dapat belajar bab "first aider" pun rasanya dah cukup besar rahmat dah aminnnnn... heheh.. Tahun 2003 dulu pernah sertai kursus CPR di Maktab PDRM Muar Johor (PLPZ) selama 3 minggu.. dah lama dah, ingat-ingat lupa jgak la kalau nk repeat balik apa yang penah study dulu.. but.. still alive! gggeeeerrrrrr.....




Minggu ni aktiviti dalam kelas di Maktab Cheras PDRM,... aktiviti:-
belajar teknik balutan menggunakan kain anduh (bagi beberapa jenis kecederaan.)
teknik ikatan /simpulan pada kain anduh (kekemasan yang paling utama dititik beratkan)

Last week Cik HC dah maklumkan semua mesti bawa kain anduh untuk sessi pembelajaran kali nih..dan apa yang akan di ajar ialah mula dari ikatan anduh dari tangan hingga ke kepala.. so.. chek it out! ahahhahh... Cik HC bagitau if nk jadi First Aider ilmu tu mesti la ada, if x banyak pun sikit-sikit dah cukup memadai dah.. chewahh!!! memang betul pun atleast sekurang-kurangnya kita ada ilmu..
Haaa... apa tindakan seseorang tu if jadi first Aider and berlaku sesuatu kemalangan didepan mata sebelum bantuan sampai ditempat kejadian..? neeeee..nnooooo...nneeeee.... n000000... (sebelum ambulance sampai)..

Firstly kita kena tahu apa yang di maksudkan pertolongan cemas?
- pertolongan cemas nih adalah bantuan sementara yang di berikan dengan serta merta kepada mangsa kemalangan di tempat kejadian dengn menggunakan alat-alat tang boleh didapati pada masa itu sebelum mangsa di hantar ke Hospital mean... sebelum bantuan sampai.

Cik HC ada bagitahu if belajar ilmu selamatkan nyawa orang nih tak rugi pun.. "hari nih hari dia, esok lusa sapa tahu hari kita pulak".. tak gitu? Nak selamatkan orang nih kita kena pikir dulu debelum ambil apa- risiko.. contohnya, kalau mangsa tu dah teruk sangat.. jangan la kita pandai- pandai buat pandai alihkan mangsa pulak.. isk..isk..itu dah macam mengundang musibah dah tu.. Bila Cik HC terangkan serba sikit tentang ilmu nih aku rasa ni adalah satu pembelajaran yang cukup penting bagaimana tindakan segera kita bagi menyelamatkan nyawa jika berlaku sesuatu kemalangan yang tidak diingini.. bak kata pepatah "malang tidak berbau"...

Apa yang kami semua belajar ialah teknik ikatan/balutan pada bahagian tangan akibat:-
patah,
kecederaan kepala,
pergelangan tangan




Cik HC demo pada semua sebelum kami sendiri buat apa yang diajar.. memang nampak senang tapi bila sendirik yang balut and ikat baru tahu sendiri.. kena teliti dan baru lah ikatan/balutan tu nampak kemas, . Selain dari itu, kena jugak pastikan keselesaan pada mangsa.. jangan lupa, SAFETY FIRST!!!.. balutan luka mestilah dengan kain yang bersih bagi mengelak daripada kuman-kuman merebak kerana kesannya:-
a) luka tersebut akan menanah.
b) boleh mengundang penyakit tetanus (kancing gigi)

Balut tangan dah.. anduh tangan dah... then time to practic da "Rings".. hahahaha..
Ring nih dikenali sebagai " Ring Pad ", Cik HC ajar cara macam mana nak buat ring pad yang betul dan kemas.. tujuan ring pad di gunakan adalah untuk diletakkan pada bahagian luka yang teruk, mean:-
objek yang terlekat di bahagian badan mangsa contohnya seperti tertusuk benda tajam like.. pisau, paku, besi, kayu dll yang tidak sepatutnya di cabut/ di tanggalkan seblum bantuan sampai.. sering berlaku terutamanya di bahagian kepala mangsa. Bagi mengelakkan pendarahan luka tersebut lebih teruk merebak..ring pad mesti diletakkan. Selain dari itu, rings di letakkan pada bahagian tersebut adalah bagi mengelak terlanggar ataupun terkena objek yang lain dan akan menambahkan kesakitan yang di alami ileh mangsa...

Setahu aku la kan.. tujuan kita tutup luka adalah bagi
1.membantu menahan darah daripada keluar lebih banyak
2.membantu menahan luka daripada bernanah
3.3. mencegah atau mengurangkan jangkitan

Sebelum ini aku tak ambil berat sangat tentang cara-cara yang betul untuk membalut luka. But after this.. Inilah pengalaman yang amat berguna yang boleh dijadikan sebagai langkah berjaga-jaga when one day nanti jadi didepan mata...Wallahhualam..mintak simpang malaikat 44.. ngeriiiiiii

wasalam...

Sunday, August 1, 2010

DIRIKAN KHEMAH N WATER CONFIDENT



DIRI KHEMAH

Salam,



jumpa lagi kita minggu nih.. sesi kali nih 2 in 1 mcm iklan shampoo plak chewah.. arinih punya aktiviti dirikan khemah n water confident (confident diri dalam air)isk..isk.. nama ja confident diri tapi sebaliknya..(ngeriiii).Dua2 sesi kali nih buat d UITM SHAH ALAM. First sesi dirikan khemah.. buat d SUKSIS UITM. Yang datang sesi nih berapa kerat jak.. hmmm.. Cik HC dah susah hati dh takut khemah tu tak jadik.. n lambat siap.. isk..isk.. belum buat belum tau.. ahheheh.



Seperti biasa sebelum nak dirikan khemah tu kami semua di berikan taklimat ringkas oleh Cik HC. Cik HC titik beratkan tentang keselamatan yang paling utama.. tak kira lah samada keselamatan dari segi:-
1. Kawasan tempat yang di pilih (terdedah dengan bahaya atau tidak / selamat untuk semua)
2. Elakkan kawasan slpo yang merbahaya (if ada d dalam hutan nanti)
3. Utamakan kawasan yang berdekatan dengan kawasan sungai/gigi air ( untuk kemudahan)

kami dah mula diri khemah.. first sekali Cik HC cakap cari pokok yang boleh dirikan khemah pusat. Iaitu (2) batang pokok boleh dirikan khemah utama.. Antara peralatan yang perlu ada:-
- tali yang bersesuaian
- kain guni (untuk alas di batang pokok)
- canvas
- parang/kapak
- khemah
dan peralatan lain yang sama waktu dengnnya.. (bukannya lupa, tapi tak ingat)

Macam-macam ragam ada time buat knot.. ada beberapa jenis knot yang kami guna masa dirikan khemah ni.. time dalam class Cik HC ajar simpulan tali ikat di kerusi.. bila time nak simpul di batang pokok mula la jadi carca merba.. adesss.. pening kepala jugak la jadiknya..ahahahh.. antara knot yang di guna pakai antaranya:-
- glove hitch (adalah untuk melampirkan tali untuk objek seperti simpulan di batang pokok)
- butterfly knot ( untuk simpulan pada tali yang bahagiannya sudah rosak)
- fisherman's knot (simpulan ini digunakan bila nak buat sambungan pada tali yang pendek)
- bowline (digunakan untuk membuat satu lingkaran di hujung tali)
- figure eight ( semua knot di matikan dengan figure eight)
Ada lagi 2-3 jenis simpulan yang lain.. tapi simpulan ini saja yang aku ingat.. hehe.. Bila dah siap pasang mesti la kena buka semula.. kesimpulannya Cik HC beri pujian pada kami sebab siapkan dengan cepat walaupun ada sikit cacat celanya..hahah





WATER CONFIDENT

Masuk sesi kedua pulak.. (sesi renang) water confident.. isk..isk.. menapak ke kolam renang UITM pun aku dah rasa cuak..bak kata pepatah "kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai" chewahh hahaha.. Dah dekat bertahun tahun rasanya aku x masuk kolam renang.. takut lemas buat julung julung kalinya.. tapi dah minggu nih minggu renang aku gagahi jugak hehehe..
First skali Cik HC dedahkan kepada semua tentang keselamatan yang paling utama.. fikir 2-3 kali nak masok dalam kolam.. mana tidaknya..kena masuk area yang dalam punya..try cecah kaki tapi kaki tak sampai ke simen pun,.. (ggggggeeeerrr..) tawakal jer lah.. macam- macam bermain di kotak fikiran..

Sesi pertama try to be confident dalam air aceeehhh.... cecehhh... Dalam sesi water confident Cik HC bagitahu yang kami akan gunakan smua ilmu ni masa program outdoor nanti.. memang dup..dap..dup..dap..jantung nih.. if letak microfone mesti bley dengar jantong bunyi punya.. Cik HC suruh kam buat cara pernafasan dengan betul didalam air sbanyak 20 kali.. (tenggelam..timboll.. tenggelamm..timboll...) Ya Allah..risau kaki x cecah lantai jak time nih..perasaan takut selam dalam air ...tapi aku kuatkan semangat.. mohon di panjangkan umur sebab ilmu belum penuh di dada..hehehe..

Sessi ni, kami diajar basic berenang iaitu cara bernafas yang betul. Tarik nafas ikut mulut, lepas ikut hidung (buat bubble blubb..blubb...blubb..blub...) banyak gak tertelan air klorin bila dah silap teknik..isk..isk..isk.. kami diajar jugak teknik mengapungkan badan dalam air. Cik HC pesan angkat dada, angkat dagu... itu baru basic dia..banyak lagi sessi yang lain.. Habis sessi apungan, Cik HC ajar pula pergerakan berenang gunakan tangan dan kaki masa dalam air. Apa yang aku inagt, Cik HC cakap kalau kaki dan tangan tak henti kita kuak, selagi tu lah badan bergerak dan terapung. Tapi bila aku buat mcam mana yang Cik HC ajar jadi sekejap ja.. lepas tu mula terkapai-kapai cari tebing untuk berpaut hahahah..

Kami diberi pendedahan cara-cara menyelamat mangsa lemas dengan menggunakan tali. (mangsa tu kawan2 sendiri la kan) yang pandai berenang kena jadi mangsa.. yang tak pandai kena buat demo.. then change pulak.. apa yang perlu buat:-

-Baling tali pada mangsa, (pastikan semasa baling tali, tali sampai pada kepada mangsa)
-jerit pada mangsa supaya pegang tali,
-tarik mangsa bawa ke tepi dan angkat ke darat.

Kami dibahagikan kepada pasangan-pasangan. Masa di catit.. masa lagi pantas lagi bagus la orang tu.. preeeetttt!!!!!!! Cik HC tiup wisel trus smua baling tali.. dan buat apa yang di praktik semasa buat demo tadi.. punya la nak kejar masa sampai ada yang tarik mangsa terhantuk di tebing kolam.. yang kelakarnya ada plak mangsa yang naik sendiri dari kolam.. akikiki x masok dek akal.. kelakar betul.. pecah perut Cik HC tengok gelagat kami.. pening kepala dia agaknya ajar kami nih.. (terdetik di hati)

Alhamdulillah,, semua sessi berjalan dengan jayanya..atas tunjuk ajar + bantuan daripada student degree ada jugak kekuatan dalam diri aku ni...,aku confident time mengapungkan badan + time terjun by number dalam air dengan 1 kaki ala2 penerjun renang ahahahh..... tapi bila dah masuk dalam air cuak gak takut tak timbul – timbul ..(ggeerrrrrr ).sesi renang berakhir dalam tengahari.. banyak yang kami semua dapat blajar pelajaran baru dalam hidup walaupun ada kawan- kawan yang dah pro.. thank's Cik HC..

Saturday, July 24, 2010

DIRI KHEMAH OR BUAT BLOG?

Salam,

Dah masuk minggu ke 3 dah nih..pejam celik pejam celik date dah nak dekat nak kena buat semua yg haritu study dalam class... huhu makin berdebar-debar plak rasanya..adess.. kuatkan semangat aku weh..[grrrrreee].cik HC kata ada program yang kena disiapkan sebelum bulan puasa.. and ada program yang akan di buat lepas puasa..

Hmmm.. so class arinih sepatutnya ada aktiviti dirikan khemah di area maktab cheras [tempat study jgak la].. but masa dah suntuk sebab semua kena masuk class buat/ update blog..akikiki..kesian tengok cik HC penat mengajar kitaorang yang otak tak berapa nak up to date nih..akikiki, memang satu apa pun tak buat lagik dalam blog arituh.. just creat da blog ja..

Actualy semua dah pandai sikit- sikit buat blog.. tapi terkial- kial jgak la smpai curik masa untuk class dirikan khemah.. hasil tunjuk ajar darik cik HC alhamdulillah semuanya selesai.. [jasa mu di kenang] amin..

Sebelum last class sempat lagi kami study bab CAMP CRAFT. dalam subjek nih cerita pasal "CHOOSING A CAMP SITE, CAMP LAYOUT ".. hmm betul la tu..sblum nak dirikan khemah tu kena la pilih:

1. tempat yang bersesuaian dengan keadaan OR kawasan sekeliling..
2. pilih tempat yang lapang, luas, dekat dengan sungai or tepi tasik..
3. jangan carik kawasan bawah pokok, merbahaya kot2 time ribut, pokok tumbang ker... ish! mintak simpang :-s

Cik HC ada terangkan gak macam mana cara-cara nak dirikan khemah dengan betul..maybe next week benda nih nak buat.. hopefully everything fine! hehehe.. best pulak rasanya subjek ni.. bnyak benda yang kita zero lama-lama.. sikit-sikit kita jadi pandai bila blajar ilmu baru.. betul la apa yang cik HC pernah kata.." ilmu kalau kita tak cari, tak kan datang dengan sendirik" [lebih kurang macam tu jugak la ayat dia]

Cik HC ader tunjuk contoh bag pack for camping dalam kelas hariknik, isi2 kat dalam tuh, barang2 yg patut di bawak masuk hutan, berapa helai baju nak prepare untuk di pakai, torchlight dan yg sewaktu dengannya. Sleeping bag, sleeping mat... semua2 lah. Cara susun barang pun ader di tunjuk masa dalam kelas nih. Yg paling ringan mustilah di bawah sekali, di ikuti yg paling berat di atas sekali.

Kasut pun tak leh sukati beli kasut jongging ke, kasut main batminton ker, tapi musti prepare kasut hiking yg bersesuaian. Memandangkan Kak Miza ahli hiking yg tak berapa tegar aheheheh, so dia ader advice, kalo g beli kasut, check luo kotak, ader mention for hiking, for jogging, for outdoor, aper2 jerlah so pandai2 lah baca label. Bukan untuk saper2 tapi untuk diri sendiri jugak ahehehe...

Ok lah tuh, tuh ajer untuk minggu nih... jumpa lagik minggu depan :D

regards,
Nurjayz

Saturday, July 17, 2010

WALL CLIMBING: KNOT

Salam,

Ini minggu ke 2. Kami dah start belajar buat ikatan tali. minggu lepas cik CH dah pesan kelas minggu nih bawa tali untuk belajar ikatan.. hmmm menarik.. cik HC ada bawa buku yang isi dalam tu ada beratus ratus jenis ikatan.. isk..isk.. sesuai lah untuk sapa yang suka panjat memanjat nih sebab memang patut pun ada ilmu nih.. mana lah tahu kot kot tersangkut di tengah jalan..sempat la balik ke pangkal jalan aheheheh tali jer lah penyelamat badan.. insyallah..

Actualy study bab nih difahamkan kami akan guna teknik ni such as untuk turun bangunan nanti [rope wall climbing]. kami di beritahu bangunan yang bakal kami turun tinggi giler. 11 tingkat tuh [fuh fuh fuh]. Gerun dengar, gayat jangan cakap lah, kena face sendiri baru tau. Aku suka adventure2 nih tapi apa saja bender baru musti ada rasa takut di hati. Curiosity pun sama banyak dengan takut, kita berserah pada ALLAH sajalah, Amin.

So dalam class cik HC cakap focus kepada ikatan yang kami nak guna nanti. antaranya ikatan yang kami blajar:-

- Reef Knot atau pun nama yang lain ialah [Squre Knot]
(ikatan ni ja yang aku rasa paling senang such as pengenalan la cik HC cakap)
- sheet Bend,
- double sheet bend,
- bowline,
- clove hitch,
- figure eight,
- figure eight loop,
- figure of eight double loop,
- Butterfly Knot,
- fisherman's knot
- double fisherman's knot.

perhhh!! pecah kepala..sampai sapu minyak cap kapak..ahahah. Dalam 2jam blajaq banyak ikat mengikat.. bersimpang siul gak la jadiknya time nak ikat tuh..kona sana kona sini.akikiki.. Ada gak yang cik HC suruh buat ikatan lain tapi lain jenis yang jadiknya..adess

Ini yg aku dapat kumpul [serve dalam internet] pasal gear or equipment yg patut/wajib ada bagi mereka yg nak start wall climbing nih:

- harnesses [biasanya kasut dengan gloves]
- pakaian yg betul [jangan pulak pakai pakaian yg menjolok mata, tak sesuai gitu ahehehe]
- beg kapur [beserta kapurnyer sekali lah yer]
- locking carabineer / belay device contoh cam helmet

BTW, semua nih di sediakan so tak perlu risau. Risau nak start the lesson ajer aheheheh. Mostly kami maybe akan buat luar banggunan.. [outdoor type]. dan di takdirkan buat di luo, comfirm kena prepare helmet, untuk keselamatan dan mempertahankan diri kan.

Nih ada sikit video from You-Tube [credit to those who owned it, thx for the ilmu and info ahehehe] on basic teknik sebelom start wall climbing lesson.



Nih plak persedian awal barang2 sebelom start panjang. Nanti nak tanya cik HC aper bender grigri, hihihi... kaki terketar2 nak start turun wall tapi takut siotttt...



Nih pulak citr pasal rope. Tak dengar pulak kementer akekeke, ader banyak type of rope, yg di kasik di sinik are 2 types: 1 is dynamix rope [anjal punya type, leh streach sket] and 2nd one is static rope. Beza nya particular on thinckess of the rope.



Sekian catatan untuk minggu ini, jumpa lagik minggu depan...

regards,
Nurjayz

Saturday, July 10, 2010

I-N-T-R-O

Salam,

Ini hari first aku masuk kelas baru untuk sem nih. Baru jumpak dengan lecturer nih, nama dia Encik Hisyam [cik HC], nih blog dier http://hisyamchemat.blogspot.com/. Dalam kelas EH ada mention yang subject yg dia mengajar nih [Outdoor Recreation SPS 133] wajib buat blog sebab markah akan di kira darik sinik.

Tobat tok ayah tak pernah buat blog wahahaha :)). So dengan jujur dan kudusnya balik kampung carik Kak Miza, mintak tunjuk ajar aku nak buat blog nih. BTW, blog nih aku akan citer semuanya pasal subject nih, gambar2 aku upload lah kalo ader yg berkaitan... ala2 macam diary sepanjang subject nih berjalan lah!

Dalam kelas tadih ada bender2 wajib yg kami kena buat such as kayak, outdoor camping [tido dalam hutan, ngeh ngeh ngeh] pastu... apa lagik? Sat nak digest otak, oh ya...wall climbing [ala2 mcm rock climbing lah] tapi bukan panjat batu, panjat bangunan daa... panjat2 nih nanti semuanya akan di buat dalam UITM. Kayak pun dalam UITM [macehlah UITM, ALLAH panjangkan umo UITM dan orang2 di dalam yg sama waktu dengannya] akekekek...

Memang activiti kayak suggest buat dalam tasek UITM, tapi kalo ada pertukaran tempat, aku update lain. Harinik cik HC ada mention supaya kami belajar buat ikatan tali [kementer rope]... aku rasa macam salah jer ejaan kementer nih [ker aku yg salah dengar? EH sebut lain, aku dengar lain, aku tulis kat sinik lain... gulp! :-s]. Dah try search kat google tapi tak jumpak plak ejaan yg betol, nanti aku carik lagik ahehehe. 2nd class kena buat anduh [kena belajar dulu looorrr]...

Bagi aku, preparation untuk diri pun penting which is kena start jogging, exercise, workout dan apa2 saja yg sewaktu denganya sebab wall climbing, berkayak perlukan stamina dan enery yg tinggi. Dah la takut ayaq haku nih, mintak simpang lah semua2. Harap yg baik2 saja uhuhuhu :-s

Nih aku ada jumpa bbrp blog yg berkaitan masa search info pasal wall climbing. Minggu depan aku update link yg mention pasal ikatan anduh pulak. Credit to those all blog below here. Sharing is caring ok:

http://en.wikipedia.org/wiki/Climbing_wall
http://www.traversewall.com/
http://greatwallclimbing.com/

Oklah, berjumpa lagik di minggu akan datang. Nama pun diary, kang update tiap2 jam, tak dak bender nak citer plak akekeke...

regards,
Nurjayz

[mcm tulis surat la pulak]