Saturday, August 21, 2010

class orienteering

"class 0rienteering"



salam,

Harini aktiviti dlm kelas ja.. "0rienteering"... cuaca kat luar x begitu mengizinkan untuk buat aktiviti ni d luar kelas (maktab PDRM).. gelap mcm nk ujan.. ("enie!!!! angkat kain hujan..jemuran dah turunn....." ahahah mcm citer P.Ramlee daaa....) tiap-tiap week ada subject baru.. Cik.HC mulakan kelas mcm biasa lah.. nota di screen white board.. aku sempat jugak la salin nota yg tertera di kaca screen..hheheheheh...tapi salin nota x semuanya sempat habis..adess.. panjang sangat daa..

"Orienteering is a sport in which orenteer us an accurate detail MAP and a COMPAS to find POINT in the LANDSCAPE..." antara nota yang lain.. berkaitan dengan :
history of orienteering
international orienteering federation (IOF)
objective of orienteering
several forms of orienteering event
equipment

hehehe... sempai salin sikit-sikit ja.. laju sangat... mula la bila baca tapi tak berapa nak faham.. ada yang sempat dilukis tu lukislah..bila yang dilukis tu half-half.. mula la garu kepala bila nak baca nota balik..akikikiki.. sabar jer la... Cik.HC ada lukis types of orienteering d white board.. apa lagikkk.. aku pun lukis jugak la takut bila tengok saja nanti lupa pulak.. ilmu belum penuh di dada..ahahahah... antara types of orienteering ialah:

line / string orienteering
cross/ country orienteering
score orienteering
relay orienteering
street orienteering
trail orienteering
mountain orienteering

Cik. HC ada bagitahu aktiviti ni nanti akan di buat diluar.. sebelum nak buat di lur kenalah pandai dulu macam mana nak gunakan peralatan dan apa-apa yang sama waktu dengannya didalam kelas dulu supaya tak menyusahkan diri sendirik..heheheheh...setujuk!!!!!!! Cik.HC tekankan dalam kelas "0bjektif 0rienteering" kemahiran macam nama kita nak gunakan peta dan kompas.



If sesat dalam hutan nanti ada kompas.. tahu la jugak mamam mana cara nak gunakan kompas dan tahu apa itu
1)utara magnitud,
2)utara benar dan
3)utara grid heheheh..
mudah-mudahan insyaallah...

Kami dalam kelas di fahamkan aktiviti orienteering ni akan dibuat by group.. 1 group 2 orang.. aktiviti nih nak nilai dalam semua aspek.. termasuklah nak menguji daya ketahanan fizikal, mental. , semangat setiakawan dalam berkumpulan. (permarkahan yang diambil berdasarkan masa kumpulan yang terpantas ditempat tamat).., stamina kena kuat (sebab nak berlari mengikut pandu arah)dan tahu baga pandu arah dengan betul dan tepat pada masa (sebab kecekapan masa dan point yang diambil telah ditetapka dalam map)

Cik.HC bawa bersama peralatan-peralatan yang akan digunakan semasa aktiviti 0rienteering. Antara peralatan yang prlu ada semasa aktiviti 0rienteering dijalankan ialah:

-0rienteering Map,
-0rienteering Compass,
-Control Flag,
-Marker,
-Punchers,
-Control Card,
-Control Description,
-Whistle dan
-Red Pen

(Score 0rienteering) - pemarkahan di bagi berdasarkan jarak 1 point ke 1 point..
- pemeriksaan point (setting).
- keputusan markah tertinggi kepada pemenang.

(Untuk Sukatan bg Map) ini adalah = 1cm bg map,
=10000 on the ground
=100m
**Ciri2 Map: -Utara Grid (menggunakan peta)
-Utara Magnetik (menggunakan compass)
-Utara Benar/kutub utara

**Criteria Compass:- bekas compass yg baik mengandungi bekas cecair yg
menunjukkan gerakan tanda arah.
- arah kompas di warnai dalam 2 warna iatu;
red & point (north) & white/black (south).
- compass yg baik akan bertahan lama.

Lepas habis sesi penerangan. Cik.HC ajar kami semua macam mana cara nak gunakan kompas dan map dengan betul.. (semua berdiri dalam kelas) time nih ada yang pusing sampai 360 darjah.. (termasuk lah aku ahahaha...) lain yang diajar lain yang dibuat.. (almaklumlah..belum pandai) jengg..jeng..jennggg... dah pandai sikit-sikit dah barula semua ada diposisi yang betul... apa yang Cik.HC ajar ialah "BASE PLATE C0MPASS" iaitu mencari arah kompass dengan menggunakan kedudukan bearing dan juga menggunakan peta yang diberi dengan betul.. pening..pening... selesai juga akhirnya...

Saturday, August 14, 2010

FIRST AIDER




Salam..,
Nak jadi Docktor? ilmu tak penuh di dada.. dapat belajar bab "first aider" pun rasanya dah cukup besar rahmat dah aminnnnn... heheh.. Tahun 2003 dulu pernah sertai kursus CPR di Maktab PDRM Muar Johor (PLPZ) selama 3 minggu.. dah lama dah, ingat-ingat lupa jgak la kalau nk repeat balik apa yang penah study dulu.. but.. still alive! gggeeeerrrrrr.....




Minggu ni aktiviti dalam kelas di Maktab Cheras PDRM,... aktiviti:-
belajar teknik balutan menggunakan kain anduh (bagi beberapa jenis kecederaan.)
teknik ikatan /simpulan pada kain anduh (kekemasan yang paling utama dititik beratkan)

Last week Cik HC dah maklumkan semua mesti bawa kain anduh untuk sessi pembelajaran kali nih..dan apa yang akan di ajar ialah mula dari ikatan anduh dari tangan hingga ke kepala.. so.. chek it out! ahahhahh... Cik HC bagitau if nk jadi First Aider ilmu tu mesti la ada, if x banyak pun sikit-sikit dah cukup memadai dah.. chewahh!!! memang betul pun atleast sekurang-kurangnya kita ada ilmu..
Haaa... apa tindakan seseorang tu if jadi first Aider and berlaku sesuatu kemalangan didepan mata sebelum bantuan sampai ditempat kejadian..? neeeee..nnooooo...nneeeee.... n000000... (sebelum ambulance sampai)..

Firstly kita kena tahu apa yang di maksudkan pertolongan cemas?
- pertolongan cemas nih adalah bantuan sementara yang di berikan dengan serta merta kepada mangsa kemalangan di tempat kejadian dengn menggunakan alat-alat tang boleh didapati pada masa itu sebelum mangsa di hantar ke Hospital mean... sebelum bantuan sampai.

Cik HC ada bagitahu if belajar ilmu selamatkan nyawa orang nih tak rugi pun.. "hari nih hari dia, esok lusa sapa tahu hari kita pulak".. tak gitu? Nak selamatkan orang nih kita kena pikir dulu debelum ambil apa- risiko.. contohnya, kalau mangsa tu dah teruk sangat.. jangan la kita pandai- pandai buat pandai alihkan mangsa pulak.. isk..isk..itu dah macam mengundang musibah dah tu.. Bila Cik HC terangkan serba sikit tentang ilmu nih aku rasa ni adalah satu pembelajaran yang cukup penting bagaimana tindakan segera kita bagi menyelamatkan nyawa jika berlaku sesuatu kemalangan yang tidak diingini.. bak kata pepatah "malang tidak berbau"...

Apa yang kami semua belajar ialah teknik ikatan/balutan pada bahagian tangan akibat:-
patah,
kecederaan kepala,
pergelangan tangan




Cik HC demo pada semua sebelum kami sendiri buat apa yang diajar.. memang nampak senang tapi bila sendirik yang balut and ikat baru tahu sendiri.. kena teliti dan baru lah ikatan/balutan tu nampak kemas, . Selain dari itu, kena jugak pastikan keselesaan pada mangsa.. jangan lupa, SAFETY FIRST!!!.. balutan luka mestilah dengan kain yang bersih bagi mengelak daripada kuman-kuman merebak kerana kesannya:-
a) luka tersebut akan menanah.
b) boleh mengundang penyakit tetanus (kancing gigi)

Balut tangan dah.. anduh tangan dah... then time to practic da "Rings".. hahahaha..
Ring nih dikenali sebagai " Ring Pad ", Cik HC ajar cara macam mana nak buat ring pad yang betul dan kemas.. tujuan ring pad di gunakan adalah untuk diletakkan pada bahagian luka yang teruk, mean:-
objek yang terlekat di bahagian badan mangsa contohnya seperti tertusuk benda tajam like.. pisau, paku, besi, kayu dll yang tidak sepatutnya di cabut/ di tanggalkan seblum bantuan sampai.. sering berlaku terutamanya di bahagian kepala mangsa. Bagi mengelakkan pendarahan luka tersebut lebih teruk merebak..ring pad mesti diletakkan. Selain dari itu, rings di letakkan pada bahagian tersebut adalah bagi mengelak terlanggar ataupun terkena objek yang lain dan akan menambahkan kesakitan yang di alami ileh mangsa...

Setahu aku la kan.. tujuan kita tutup luka adalah bagi
1.membantu menahan darah daripada keluar lebih banyak
2.membantu menahan luka daripada bernanah
3.3. mencegah atau mengurangkan jangkitan

Sebelum ini aku tak ambil berat sangat tentang cara-cara yang betul untuk membalut luka. But after this.. Inilah pengalaman yang amat berguna yang boleh dijadikan sebagai langkah berjaga-jaga when one day nanti jadi didepan mata...Wallahhualam..mintak simpang malaikat 44.. ngeriiiiiii

wasalam...

Sunday, August 1, 2010

DIRIKAN KHEMAH N WATER CONFIDENT



DIRI KHEMAH

Salam,



jumpa lagi kita minggu nih.. sesi kali nih 2 in 1 mcm iklan shampoo plak chewah.. arinih punya aktiviti dirikan khemah n water confident (confident diri dalam air)isk..isk.. nama ja confident diri tapi sebaliknya..(ngeriiii).Dua2 sesi kali nih buat d UITM SHAH ALAM. First sesi dirikan khemah.. buat d SUKSIS UITM. Yang datang sesi nih berapa kerat jak.. hmmm.. Cik HC dah susah hati dh takut khemah tu tak jadik.. n lambat siap.. isk..isk.. belum buat belum tau.. ahheheh.



Seperti biasa sebelum nak dirikan khemah tu kami semua di berikan taklimat ringkas oleh Cik HC. Cik HC titik beratkan tentang keselamatan yang paling utama.. tak kira lah samada keselamatan dari segi:-
1. Kawasan tempat yang di pilih (terdedah dengan bahaya atau tidak / selamat untuk semua)
2. Elakkan kawasan slpo yang merbahaya (if ada d dalam hutan nanti)
3. Utamakan kawasan yang berdekatan dengan kawasan sungai/gigi air ( untuk kemudahan)

kami dah mula diri khemah.. first sekali Cik HC cakap cari pokok yang boleh dirikan khemah pusat. Iaitu (2) batang pokok boleh dirikan khemah utama.. Antara peralatan yang perlu ada:-
- tali yang bersesuaian
- kain guni (untuk alas di batang pokok)
- canvas
- parang/kapak
- khemah
dan peralatan lain yang sama waktu dengnnya.. (bukannya lupa, tapi tak ingat)

Macam-macam ragam ada time buat knot.. ada beberapa jenis knot yang kami guna masa dirikan khemah ni.. time dalam class Cik HC ajar simpulan tali ikat di kerusi.. bila time nak simpul di batang pokok mula la jadi carca merba.. adesss.. pening kepala jugak la jadiknya..ahahahh.. antara knot yang di guna pakai antaranya:-
- glove hitch (adalah untuk melampirkan tali untuk objek seperti simpulan di batang pokok)
- butterfly knot ( untuk simpulan pada tali yang bahagiannya sudah rosak)
- fisherman's knot (simpulan ini digunakan bila nak buat sambungan pada tali yang pendek)
- bowline (digunakan untuk membuat satu lingkaran di hujung tali)
- figure eight ( semua knot di matikan dengan figure eight)
Ada lagi 2-3 jenis simpulan yang lain.. tapi simpulan ini saja yang aku ingat.. hehe.. Bila dah siap pasang mesti la kena buka semula.. kesimpulannya Cik HC beri pujian pada kami sebab siapkan dengan cepat walaupun ada sikit cacat celanya..hahah





WATER CONFIDENT

Masuk sesi kedua pulak.. (sesi renang) water confident.. isk..isk.. menapak ke kolam renang UITM pun aku dah rasa cuak..bak kata pepatah "kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai" chewahh hahaha.. Dah dekat bertahun tahun rasanya aku x masuk kolam renang.. takut lemas buat julung julung kalinya.. tapi dah minggu nih minggu renang aku gagahi jugak hehehe..
First skali Cik HC dedahkan kepada semua tentang keselamatan yang paling utama.. fikir 2-3 kali nak masok dalam kolam.. mana tidaknya..kena masuk area yang dalam punya..try cecah kaki tapi kaki tak sampai ke simen pun,.. (ggggggeeeerrr..) tawakal jer lah.. macam- macam bermain di kotak fikiran..

Sesi pertama try to be confident dalam air aceeehhh.... cecehhh... Dalam sesi water confident Cik HC bagitahu yang kami akan gunakan smua ilmu ni masa program outdoor nanti.. memang dup..dap..dup..dap..jantung nih.. if letak microfone mesti bley dengar jantong bunyi punya.. Cik HC suruh kam buat cara pernafasan dengan betul didalam air sbanyak 20 kali.. (tenggelam..timboll.. tenggelamm..timboll...) Ya Allah..risau kaki x cecah lantai jak time nih..perasaan takut selam dalam air ...tapi aku kuatkan semangat.. mohon di panjangkan umur sebab ilmu belum penuh di dada..hehehe..

Sessi ni, kami diajar basic berenang iaitu cara bernafas yang betul. Tarik nafas ikut mulut, lepas ikut hidung (buat bubble blubb..blubb...blubb..blub...) banyak gak tertelan air klorin bila dah silap teknik..isk..isk..isk.. kami diajar jugak teknik mengapungkan badan dalam air. Cik HC pesan angkat dada, angkat dagu... itu baru basic dia..banyak lagi sessi yang lain.. Habis sessi apungan, Cik HC ajar pula pergerakan berenang gunakan tangan dan kaki masa dalam air. Apa yang aku inagt, Cik HC cakap kalau kaki dan tangan tak henti kita kuak, selagi tu lah badan bergerak dan terapung. Tapi bila aku buat mcam mana yang Cik HC ajar jadi sekejap ja.. lepas tu mula terkapai-kapai cari tebing untuk berpaut hahahah..

Kami diberi pendedahan cara-cara menyelamat mangsa lemas dengan menggunakan tali. (mangsa tu kawan2 sendiri la kan) yang pandai berenang kena jadi mangsa.. yang tak pandai kena buat demo.. then change pulak.. apa yang perlu buat:-

-Baling tali pada mangsa, (pastikan semasa baling tali, tali sampai pada kepada mangsa)
-jerit pada mangsa supaya pegang tali,
-tarik mangsa bawa ke tepi dan angkat ke darat.

Kami dibahagikan kepada pasangan-pasangan. Masa di catit.. masa lagi pantas lagi bagus la orang tu.. preeeetttt!!!!!!! Cik HC tiup wisel trus smua baling tali.. dan buat apa yang di praktik semasa buat demo tadi.. punya la nak kejar masa sampai ada yang tarik mangsa terhantuk di tebing kolam.. yang kelakarnya ada plak mangsa yang naik sendiri dari kolam.. akikiki x masok dek akal.. kelakar betul.. pecah perut Cik HC tengok gelagat kami.. pening kepala dia agaknya ajar kami nih.. (terdetik di hati)

Alhamdulillah,, semua sessi berjalan dengan jayanya..atas tunjuk ajar + bantuan daripada student degree ada jugak kekuatan dalam diri aku ni...,aku confident time mengapungkan badan + time terjun by number dalam air dengan 1 kaki ala2 penerjun renang ahahahh..... tapi bila dah masuk dalam air cuak gak takut tak timbul – timbul ..(ggeerrrrrr ).sesi renang berakhir dalam tengahari.. banyak yang kami semua dapat blajar pelajaran baru dalam hidup walaupun ada kawan- kawan yang dah pro.. thank's Cik HC..