Sunday, August 1, 2010

DIRIKAN KHEMAH N WATER CONFIDENT



DIRI KHEMAH

Salam,



jumpa lagi kita minggu nih.. sesi kali nih 2 in 1 mcm iklan shampoo plak chewah.. arinih punya aktiviti dirikan khemah n water confident (confident diri dalam air)isk..isk.. nama ja confident diri tapi sebaliknya..(ngeriiii).Dua2 sesi kali nih buat d UITM SHAH ALAM. First sesi dirikan khemah.. buat d SUKSIS UITM. Yang datang sesi nih berapa kerat jak.. hmmm.. Cik HC dah susah hati dh takut khemah tu tak jadik.. n lambat siap.. isk..isk.. belum buat belum tau.. ahheheh.



Seperti biasa sebelum nak dirikan khemah tu kami semua di berikan taklimat ringkas oleh Cik HC. Cik HC titik beratkan tentang keselamatan yang paling utama.. tak kira lah samada keselamatan dari segi:-
1. Kawasan tempat yang di pilih (terdedah dengan bahaya atau tidak / selamat untuk semua)
2. Elakkan kawasan slpo yang merbahaya (if ada d dalam hutan nanti)
3. Utamakan kawasan yang berdekatan dengan kawasan sungai/gigi air ( untuk kemudahan)

kami dah mula diri khemah.. first sekali Cik HC cakap cari pokok yang boleh dirikan khemah pusat. Iaitu (2) batang pokok boleh dirikan khemah utama.. Antara peralatan yang perlu ada:-
- tali yang bersesuaian
- kain guni (untuk alas di batang pokok)
- canvas
- parang/kapak
- khemah
dan peralatan lain yang sama waktu dengnnya.. (bukannya lupa, tapi tak ingat)

Macam-macam ragam ada time buat knot.. ada beberapa jenis knot yang kami guna masa dirikan khemah ni.. time dalam class Cik HC ajar simpulan tali ikat di kerusi.. bila time nak simpul di batang pokok mula la jadi carca merba.. adesss.. pening kepala jugak la jadiknya..ahahahh.. antara knot yang di guna pakai antaranya:-
- glove hitch (adalah untuk melampirkan tali untuk objek seperti simpulan di batang pokok)
- butterfly knot ( untuk simpulan pada tali yang bahagiannya sudah rosak)
- fisherman's knot (simpulan ini digunakan bila nak buat sambungan pada tali yang pendek)
- bowline (digunakan untuk membuat satu lingkaran di hujung tali)
- figure eight ( semua knot di matikan dengan figure eight)
Ada lagi 2-3 jenis simpulan yang lain.. tapi simpulan ini saja yang aku ingat.. hehe.. Bila dah siap pasang mesti la kena buka semula.. kesimpulannya Cik HC beri pujian pada kami sebab siapkan dengan cepat walaupun ada sikit cacat celanya..hahah





WATER CONFIDENT

Masuk sesi kedua pulak.. (sesi renang) water confident.. isk..isk.. menapak ke kolam renang UITM pun aku dah rasa cuak..bak kata pepatah "kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai" chewahh hahaha.. Dah dekat bertahun tahun rasanya aku x masuk kolam renang.. takut lemas buat julung julung kalinya.. tapi dah minggu nih minggu renang aku gagahi jugak hehehe..
First skali Cik HC dedahkan kepada semua tentang keselamatan yang paling utama.. fikir 2-3 kali nak masok dalam kolam.. mana tidaknya..kena masuk area yang dalam punya..try cecah kaki tapi kaki tak sampai ke simen pun,.. (ggggggeeeerrr..) tawakal jer lah.. macam- macam bermain di kotak fikiran..

Sesi pertama try to be confident dalam air aceeehhh.... cecehhh... Dalam sesi water confident Cik HC bagitahu yang kami akan gunakan smua ilmu ni masa program outdoor nanti.. memang dup..dap..dup..dap..jantung nih.. if letak microfone mesti bley dengar jantong bunyi punya.. Cik HC suruh kam buat cara pernafasan dengan betul didalam air sbanyak 20 kali.. (tenggelam..timboll.. tenggelamm..timboll...) Ya Allah..risau kaki x cecah lantai jak time nih..perasaan takut selam dalam air ...tapi aku kuatkan semangat.. mohon di panjangkan umur sebab ilmu belum penuh di dada..hehehe..

Sessi ni, kami diajar basic berenang iaitu cara bernafas yang betul. Tarik nafas ikut mulut, lepas ikut hidung (buat bubble blubb..blubb...blubb..blub...) banyak gak tertelan air klorin bila dah silap teknik..isk..isk..isk.. kami diajar jugak teknik mengapungkan badan dalam air. Cik HC pesan angkat dada, angkat dagu... itu baru basic dia..banyak lagi sessi yang lain.. Habis sessi apungan, Cik HC ajar pula pergerakan berenang gunakan tangan dan kaki masa dalam air. Apa yang aku inagt, Cik HC cakap kalau kaki dan tangan tak henti kita kuak, selagi tu lah badan bergerak dan terapung. Tapi bila aku buat mcam mana yang Cik HC ajar jadi sekejap ja.. lepas tu mula terkapai-kapai cari tebing untuk berpaut hahahah..

Kami diberi pendedahan cara-cara menyelamat mangsa lemas dengan menggunakan tali. (mangsa tu kawan2 sendiri la kan) yang pandai berenang kena jadi mangsa.. yang tak pandai kena buat demo.. then change pulak.. apa yang perlu buat:-

-Baling tali pada mangsa, (pastikan semasa baling tali, tali sampai pada kepada mangsa)
-jerit pada mangsa supaya pegang tali,
-tarik mangsa bawa ke tepi dan angkat ke darat.

Kami dibahagikan kepada pasangan-pasangan. Masa di catit.. masa lagi pantas lagi bagus la orang tu.. preeeetttt!!!!!!! Cik HC tiup wisel trus smua baling tali.. dan buat apa yang di praktik semasa buat demo tadi.. punya la nak kejar masa sampai ada yang tarik mangsa terhantuk di tebing kolam.. yang kelakarnya ada plak mangsa yang naik sendiri dari kolam.. akikiki x masok dek akal.. kelakar betul.. pecah perut Cik HC tengok gelagat kami.. pening kepala dia agaknya ajar kami nih.. (terdetik di hati)

Alhamdulillah,, semua sessi berjalan dengan jayanya..atas tunjuk ajar + bantuan daripada student degree ada jugak kekuatan dalam diri aku ni...,aku confident time mengapungkan badan + time terjun by number dalam air dengan 1 kaki ala2 penerjun renang ahahahh..... tapi bila dah masuk dalam air cuak gak takut tak timbul – timbul ..(ggeerrrrrr ).sesi renang berakhir dalam tengahari.. banyak yang kami semua dapat blajar pelajaran baru dalam hidup walaupun ada kawan- kawan yang dah pro.. thank's Cik HC..

No comments: