Saturday, August 14, 2010

FIRST AIDER




Salam..,
Nak jadi Docktor? ilmu tak penuh di dada.. dapat belajar bab "first aider" pun rasanya dah cukup besar rahmat dah aminnnnn... heheh.. Tahun 2003 dulu pernah sertai kursus CPR di Maktab PDRM Muar Johor (PLPZ) selama 3 minggu.. dah lama dah, ingat-ingat lupa jgak la kalau nk repeat balik apa yang penah study dulu.. but.. still alive! gggeeeerrrrrr.....




Minggu ni aktiviti dalam kelas di Maktab Cheras PDRM,... aktiviti:-
belajar teknik balutan menggunakan kain anduh (bagi beberapa jenis kecederaan.)
teknik ikatan /simpulan pada kain anduh (kekemasan yang paling utama dititik beratkan)

Last week Cik HC dah maklumkan semua mesti bawa kain anduh untuk sessi pembelajaran kali nih..dan apa yang akan di ajar ialah mula dari ikatan anduh dari tangan hingga ke kepala.. so.. chek it out! ahahhahh... Cik HC bagitau if nk jadi First Aider ilmu tu mesti la ada, if x banyak pun sikit-sikit dah cukup memadai dah.. chewahh!!! memang betul pun atleast sekurang-kurangnya kita ada ilmu..
Haaa... apa tindakan seseorang tu if jadi first Aider and berlaku sesuatu kemalangan didepan mata sebelum bantuan sampai ditempat kejadian..? neeeee..nnooooo...nneeeee.... n000000... (sebelum ambulance sampai)..

Firstly kita kena tahu apa yang di maksudkan pertolongan cemas?
- pertolongan cemas nih adalah bantuan sementara yang di berikan dengan serta merta kepada mangsa kemalangan di tempat kejadian dengn menggunakan alat-alat tang boleh didapati pada masa itu sebelum mangsa di hantar ke Hospital mean... sebelum bantuan sampai.

Cik HC ada bagitahu if belajar ilmu selamatkan nyawa orang nih tak rugi pun.. "hari nih hari dia, esok lusa sapa tahu hari kita pulak".. tak gitu? Nak selamatkan orang nih kita kena pikir dulu debelum ambil apa- risiko.. contohnya, kalau mangsa tu dah teruk sangat.. jangan la kita pandai- pandai buat pandai alihkan mangsa pulak.. isk..isk..itu dah macam mengundang musibah dah tu.. Bila Cik HC terangkan serba sikit tentang ilmu nih aku rasa ni adalah satu pembelajaran yang cukup penting bagaimana tindakan segera kita bagi menyelamatkan nyawa jika berlaku sesuatu kemalangan yang tidak diingini.. bak kata pepatah "malang tidak berbau"...

Apa yang kami semua belajar ialah teknik ikatan/balutan pada bahagian tangan akibat:-
patah,
kecederaan kepala,
pergelangan tangan




Cik HC demo pada semua sebelum kami sendiri buat apa yang diajar.. memang nampak senang tapi bila sendirik yang balut and ikat baru tahu sendiri.. kena teliti dan baru lah ikatan/balutan tu nampak kemas, . Selain dari itu, kena jugak pastikan keselesaan pada mangsa.. jangan lupa, SAFETY FIRST!!!.. balutan luka mestilah dengan kain yang bersih bagi mengelak daripada kuman-kuman merebak kerana kesannya:-
a) luka tersebut akan menanah.
b) boleh mengundang penyakit tetanus (kancing gigi)

Balut tangan dah.. anduh tangan dah... then time to practic da "Rings".. hahahaha..
Ring nih dikenali sebagai " Ring Pad ", Cik HC ajar cara macam mana nak buat ring pad yang betul dan kemas.. tujuan ring pad di gunakan adalah untuk diletakkan pada bahagian luka yang teruk, mean:-
objek yang terlekat di bahagian badan mangsa contohnya seperti tertusuk benda tajam like.. pisau, paku, besi, kayu dll yang tidak sepatutnya di cabut/ di tanggalkan seblum bantuan sampai.. sering berlaku terutamanya di bahagian kepala mangsa. Bagi mengelakkan pendarahan luka tersebut lebih teruk merebak..ring pad mesti diletakkan. Selain dari itu, rings di letakkan pada bahagian tersebut adalah bagi mengelak terlanggar ataupun terkena objek yang lain dan akan menambahkan kesakitan yang di alami ileh mangsa...

Setahu aku la kan.. tujuan kita tutup luka adalah bagi
1.membantu menahan darah daripada keluar lebih banyak
2.membantu menahan luka daripada bernanah
3.3. mencegah atau mengurangkan jangkitan

Sebelum ini aku tak ambil berat sangat tentang cara-cara yang betul untuk membalut luka. But after this.. Inilah pengalaman yang amat berguna yang boleh dijadikan sebagai langkah berjaga-jaga when one day nanti jadi didepan mata...Wallahhualam..mintak simpang malaikat 44.. ngeriiiiiii

wasalam...

No comments: