Saturday, September 18, 2010

KAYAK

Salam,

Minggu nih bermula lah aktiviti outdoor.. dalam class last week Cik.HC ada bagitahu lepas nih smua aktiviti outdoor.. hmm..macam menarik.. tapi takut tu ada jugak.. aku ni bukannya pandai berenang.. hihihi.. nk masik dalam air pun aku pikir 2-3 kali adess...

Jam 0800hrs semua berkumpul di Tasik Shah Alam.. kami semua student PLK bergabung skali dengan student EPJJ untuk kelas kayak.. ini first time rasanya aku naik kayak..tak ada pengalaman langsung.. zero.. memang kena buat.. rugi rasanya kalau tengok saya kawan-kawan seperjuangan masuk dalam air..hiihih....

Sebelum aktiviti dalam air bermula Cik.HC terangkan kepada kami semua bahagian- bahagian kayak..bahagian-bahagian yang Cik.HC terangkan tu kena rujuk nota semula sebab mungkin masuk dalam peperiksaan akhir semester.. 2-3 kali jugak Cik.HC ulang agar kami semua faham setiap bahagian kayak yang pada aku itu adalah perkataan "baru". ggrrreeeee..... banyak pulak rasanya bahagian yang perlu ambil tahu.. pada pandanga mata kasar kayak tu kita tengok mungkin beberapa bahagian sajaha.. rupa-rupanya bahagian hadapan di sebut lain dan bahagian belakang lain pula sebutannya.. hihihi....

Hmm.. selain daripada itu Cik.HC terangkan juga apa yg patut di lakukan dan apa yang paling penting skali "safety first". tiap kalau aktiviti luar.. perkataan itu yang Cik.HC selalu tekankan.. so.. faham-faham sendiri lah... apa yang perlu ada..ialah :-
- pakaian yang bersesuaian
- pastikan jacket keselamatan bileh digunakan dengan baik
- kasut yang bersesuaian semasa berada didalam air

kami semua wajib terbalik dan naik semula ke atas kayak,aku partner dengan farhan.. kayak di kayuh ke tengah.. standby untuk jatuhkan badan ke dalam air (ala-ala melompat semasa duduk)dalam kayak..hihihih, dengan kiraan 1.....2....3....bowwwww terbalik la kami dalam tasik, belum kayak terbalik dengn jayanya aku dah keluarkan badan dulu dari bahagian kayak..ahahahah takut aku tenggelam dibawah kayak la tu ahahha...selepas kayak di terbalikkan kami segera buat langkah-langkah untuk tebalikkan kayak kembali kepada asal. langkah ini perlu di lakukan dengan cepat supaya air yang masuk di dalam kayak tidak terlalu banyak.. one two pushhh!!!!.. kemudia saling bantu-membantu untuk naik semula ke atas kayak. Alhamdulillah semuanya selamat..

Selesai sesi "langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku kecemasan pada kayak" kami beramai-ramai di beri peluang berkayak di sekitar kawasan tasik.. astagar... tuhan saja yang tahu perasaan aku semasa dalam diri ketika itu bila kiri kanan berdepan dengan air yang dalam.. sempat lagi aku berdoa semuga tuhan selamatkan semuanya.. amin.. ( bawak mengucap panjang-panjang) gerun....

Lebih kurang jam 1200hrs semuanya selesai.. trima kasih yang tak terhingga diatas segala tunjuk ajar yang di berikan sepanjang sesi dijalankan buat Cik.HC dan rakan-rakan seperjuanga...

regard,
nurjayz.

No comments: